Industri pelancongan di Terengganu khususnya Tasik Kenyir kembali rancak susulan pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.<br /><br />Menurut bekas Timbalan Pengerusi Persatuan Pelancongan Terenganu, Alex Lee Yun Ping ia sekaligus berpotensi merealisasikan sasaran kerajaan negeri untuk menarik tiga juta pelancong ke negeri itu menjelang hujung tahun ini.